Sunday, January 24, 2010

Maafkan ku



24 Jan 2010, 2.20am

Malam ini terlalu sukar untuk ku melelapkan mata. Sedangkan esok aku harus bangun seawal pagi kerana terpaksa menhadiri modul anjuran universiti .. telah ku cuba berkali2 memujuk mata ini agar aku bisa terlelap. Namun tiap kali itu jua aku gagal. Aku mengambil keputusan untuk mencoretkan apa yg tersirat dihati ketika ini agar aku bisa lega bila yg terbuku di hati sdh terluah..Bayagan dirinya tidak lekang dari mata ku, suaranya tergiang2 di telingaku..dia benar2 menguasai fikiranku ketika ini..Oh tuhan..aku terlalu rindu akan dirinya..

Dia, yg ku kenali beberapa tahun dahulu terlalu banyak mewarnai kehidupanku. Malam ini sekali lagi bayangan dirinya menghantuiku, setelah sekian lama aku hampir2 lupa akan dirinya.. Ku sangkakan aku mampu harungi semua ini..ku sangkakan aku bisa gagah mengatasi semua ini..ku sangkakan aku bisa menghapuskan rasa cinta ini..namun malam ini aku sedar aku gagal..aku gagal membuangnya jauh dari hati ini..sekali lagi malam menyaksikan titsan2 jernih membasahi pipi. Menangisi takdir ku.

Aku terlalu sombong. aku bongkak pd diriku..aku pernah berjanji x akan menangis lagi kerna dirinya..namun itu semua kata2 yg lahir dr keegoan.. dan malam ini, hati ini menangis lagi, ia pedih dgn kesombongan dan kebongkakan ku sendri.

Ingin ku lupakan semua kisah cerita antara aku dan dia..ingin ku kubur kisah cinta yg mendera jiwa.. Di hadapan mata orang lain aku tabah, aku gagah..namun malam manyaksikan sebenarnya aku lemah, aku gagal.

Semakin ku cuba membenci dirinya semakin sayang ku bertahta..semakin ingin ku lupakan dia, semakin rindu ini menggamit..

Oh tuhan..hindari bayangan dirinya dari mataku..hilangkan dia dari fikiranku..buangkan dia jauh dari hati ku.. agar aku bisa berdiri kembali..

Husna..andai kau terbaca tulisan ini, maafkan aku kerna menyanyangi insan milikmu..aku x bisa mengjauhi rasa ini kerna ia tersulam rapi sebelum kau hadir dlm hidupnya.. sSaat dia melafazkan akad pd dirimu, aku bersumpah pd diriku akan ku rela kan dia untukmu.. ku fahami, hati seorang isteri pasti terguris bila sang suami menyayangi dan disayangi wanita lain. Percayalah dia tidak sesekali akan kembali ke sisiku. Itu janji ku pada seorang isteri sebaik kau..Cuma berikan ku sedikit waktu untuk dia terus hilang dari ingatanku…

Ya Allah, berikan ku kekuatan mengharungi ujianmu..jangan KAU jadikan aku dari golongan-golongan yang lemah dan tertewas. Amin…

Friday, January 15, 2010

Melaka Journey

First time dlm hidupku aku keluar dr negeri tercinta..mgkn bg org lain tu pekara biasa tp aku tetap nak cerita jugak..asalnya kitong nak buat gathering kls mngaji Al-Quran yg aku join secara online. aku mmg x plan pun nak join gathering yg d adakan d rumah Ustaz Nazri kat Taiping tu. aku ni bljr lg mana la ada duit nak p sana tp c sangka lak bila servay2 tiket kat Airasia.com tu ade tiket murah..kira tuah aku la tu.

Mak aku memula x bagi bila tau hasrat aku nak p Semenajung tp lps aku pujuk2 dia bg green light jg. Aku sampai kat LCCT agak lewat dsebabkan flight aku malam tu delay 2 jam dr Sandakan. Hati aku risau jg. iye lah bru sampai tempat org..bukan x pecaya pd Kak Siti tp ni first time aku nak jumpa dia. huhhhh..

"Assalamualaikum" hehehe Kak Siti la tuu..nasib baik Kak Siti tgk aku..klu x mulau2 la aku sorg2. Kak Siti dtg jemput aku kat airport dgn mak and adik dia. Segan giler wooo tp aku buat selamba jer.. Kesian Kak Siti dan family dia susah dtg jemput aku. Kira2 2 jam jg dr LCCT ke umah Kak Siti kat Melaka. Esoknya lepas sarapan kuih cekodok pisang dan mcm2 lg yg mak Kak Siti hidang kitong kluar ronda2 Bandaraya Melaka (kitorg tu aku ngan Kak Siti jer). First thing first Kak Siti bawa aku makaaan..then melawat Istana Kesultanan Melayu Melaka dan kota A farmosa sebelum memerah tenaga mendaki tangga ke Bukit St.Paul.



Selesai solat Zohor kami teruskan lg rondaan kami..kali ni menuju Menara Taming Sari.. seronok bila berada di atas tu sambil menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka yg sememangnya bandaraya besejarah. kesian kat Kak Siti mesti dia letih..terharu juga bila dia sanggup apply cuti tuk bawa aku berjalan mcm ni. habis semua tempat kami sapu..Sebelum Solat maghrib kat Masjid terapung, kami habiskan masa kat Eye On Malaysia..gayat juga bila berada di atas tu tp keindahan lampu yg mula menerangi kota Melaka aku x sedar plak yg aku berada di tmpt tggi.







Malam tu pulak Kak Siti bawa aku menaiki cruise menyusuri Sungai Melaka...waah memang cantik Bandaraya Melaka di waktu malam.. lbh kurang pukul 12.00am kami balik ke rumah Kak Siti kat Masjid Tanah. Esoknya nak ke Taiping, Perak......