Sunday, May 9, 2010

Tidurlah Sayang...

Sepanjang malam aku cuba melelapkan mata namun tak juga bisa terlena. Dah beribu-ribu kambing biri-biri yang aku kira, puas dengan biri-biri ku tukar dengan rabit namun x juga berhasil melelapkan mataku. Sebaliknya nama seseorang bermain difikiran..entah sejak bila aku mula memikirkan tentang dia..oooh tidaak...aku bkn x tidur disebabkan dia. Dia cuma singgah di benak ku kerana otak ligat berfikir. Mungkin disebabkan aku tidur terlalu lama siang kemarin maka malam ni aku tak bisa lena walau seketika.

Hari ini merupakan hari pertama aku mengikuti program Skim Khidmat Pelajar (SKP. Harap-harap aku tak sakit kepala akibat tak tidur sepanjang malam. Hari ini jugs roomate aku dah nak balik kampung sempena cuti semester bermakna aku akan berseorangan bermula malam nanti. Pukul 8.00am ni pula aku kena ke pejabat HEP untuk diberi taklimat berkenaan program SKP nie. Semoga melalui program ini aku dapat menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang bermanfaat selain mendapatkan wang untuk perbelanjaan aku semester hadapan. Amin..minta sama2 di doakan ya..

Monday, May 3, 2010

Tahniah

Gembira apabila mengetahui berita dua org yang rapat dalam hidup aku akan bersatu. Walaupun sedikit rasa terkilan sebab berita yg menggembirakan ini sepatutnya di kongsi bersama. Apalagi aku yg merasa agak rapat dengan mereka hanya mengetahui melalui orang lain. Tetapi itu semua tidak penting, apa yang penting mereka disatukan. Aku tak sabar menanti saat itu. aku ingin melihat orang yang aku sayangi hidup bahagia. Dan aku amat yakin pilihan mereka adalah yang terbaik. Baru sebentar tadi aku bersembang dengan Kak Siti dan Ustaz Nasri, orang yang aku maksudkan. Sedikit pun tidak menyentuh tarikh perkahwinan sebaliknya aku asyik mengusiknya. Kak Siti x berapa sht malam ni, dari suaranya yang serak sudah tahu dia x berapa sihat. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Ustaz Nasri adalah guru mengaji aku yang mengajar melalui internet, manakala Kak Siti aku kenal melalui kelas tersebut. Dan kedua-dua mereka dah macam keluarga aku sendri. seperti kata Ustaz Nasri, terasa dekat dihati. Aku pun x sangka gosip2 dan kenen2 yang kami rancang dlu akhirnya menemukan dua hati ini untuk menyatu..Semoga segalanya dipermudahkah olehNya.. Amin