Tuesday, April 26, 2011

Kisah Rumah Tangga

Musim2 exam ni ramai yg stress. Member cakap sikit pun korang marah. Ada pulak tu yang langsung x nak tegur member sebilik. Muka 'mekkong' dan 'kencang'..X bahik la mcm tu, kita kena 'cool' babeh.. Marah kena bertempat dan bersebab. Stress kena kawal. Nanti dah abis exam nak release tension pegi 1Borneo nak ajak sapa kalau dah tarik muka dengan member????. S0 jgn marah2...Sini aku nak share satu cerita semoga lepas baca ni korang rasa terhibur sikit.


Cerita bermula........

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.


"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

SEKIAN....


Wednesday, April 13, 2011

Hadiah Semalam

Semalam ibuku datang menjengukku, di tangannya ada sebuah bakul kertas entah berisi apa. Ku salam tangan ibu, ku kucup penuh rindu. Ayah,berdiri di samping ibu hanya membisu, ku salam tangan ayah, ayah menarik aku lalu didakap penuh rindu. Aku tahu ayah sangat rindukan aku. Selalu terbit di bibir ayah bertanyakan tentang aku kepada ibu. Aku tidak malu kalau ada yang menggelar aku anak bapa, hakikatnya memang begitu. Aku bertuah kerana disayangi oleh keduanya. Ibu dan ayah adalah insan teragung dalam hidupku.

Ibu menghulurkan bakul di tangannya, ku sambut dengan penuh tanda tanya. Apa yang ibu bawa untuk aku? Kalau masakan ibu, rasanya mustahil sebab perjalanan yang jauh itu tidak memungkinkan makanan yang dibawa dapat bertahan lama.

Sepasang baju kurung bercorak batik di dalamnya. Hadiah dari Ibu. Aku tersenyum memandang satu persatu wajah di hadapanku. Rasa terharu pada keikhlasan ibu membuatkan aku terpanggil untuk menulis coretan ini sebagai menghargai pemberian ibu.

Sejak aku menginjak usia dewasa ibu tidak pernah membeli baju untuk aku, bukan ibu tidak mahu tetapi sikap aku yang agak cerewet hingga pernah mengguris hati ibu suatu ketika dahulu. Dari hari itu ibu tidak lagi membelikan pakaian untuk aku. Mungkin juga ibu sedar yang aku bukan lagi anak-anak yang tidak tahu memilih, ibu sedar anaknya ini juga punya cita rasa sendiri.


Itu zaman aku remaja, zaman jiwa memberontak. Sekarang, aku semakin dewasa, aku tahu menghargai setiap pemberian dan paling penting aku menghargai kehadiran ibu dan ayah disampingku.

Pastinya hadiah semalam adalah hadiah paling bermakna buat aku. Walau hanya sepasang baju kurung yang murah namun terlalu berharga bagiku, nilai kasih sayang seorang ibu. Terima Kasih Ibu.

Wednesday, April 6, 2011

Rahsia antara kita

Teringat aku satu peristiwa agak memalukan. Setiap kali kenangan itu melintasi benak ku aku akan tersenyum sendiri. Maluuuuuuuuuuuu...

Terlalu pintar dia memutar belit dan mendesak..Akhirnya tanpa aku sedari aku mengakui kata-katanya yang dalam hati ini ada nama c dia..Wakakaka maluuuuu.. Sudah pasti merah padam muka aku, ditambah lagi dengan usikannya. Dalam menahan malu yang teramat sangat jatuh airmata yang tidak aku duga.. Rupanya sensitif juga aku nie. Mungkin cuma untuk sekali itu. Hingga ke hari ini dia jadikan peristiwa itu sebagai senjatanya mngusik aku..okey begitu lah kawan...anyway, thanks to my adinda yang berdua itu yang sudi menemani aku dan selalu mendengar luahan ku . Tidak aku menyangka hubungan yang terjalin seakrab ini.

Tuesday, April 5, 2011

KARKOL 2011

Sebulan sudah berlalu, segala suka dan duka sepanjang sebulan Karnival Kolej (KARKOL) 2011 kini hanya tinggal kenangan yang tersemat rapi dalam hati setiap insan yang terlibat. KARKOL merupakan aktiviti yang amat dinanti-nantikan oleh penghuni kolej UiTM Sabah. Pelbagai pengisian yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Bukan sahaja berbentuk hiburan malah ilmiah dan keagamaan turut diterapkan secara seimbang agar pelajar-pelajar seimbang dari segala aspek.

Dalam kesibukan dan keletihan emosi adakalanya agak terganggu. Kala itu lah akan ada AJK pelaksana yang menerima panggilan hangit dari aku..Mohon maaf kerana memarahi kalian. Bukan niat membenci, sekadar mengingatkan tentang tanggungjawab. Anggap lah teguran-teguran itu sebagai teguran dari seorang kakak kepada adik-adiknya. Yang pasti KARKOL ini berjaya kita laksanakan dengan jayanya..itu adalah hasil kerjasama kita semua.