Ada member aku ckp, klu buat blog tu jgn asyik cerita pasal diri sendiri saja. tapi aku tetap nak cerita pasal diri aku jugak sebab ni blog aku.. huhu
Tadi aku keluar hangout dengan kawan2. Kita pegi makan2 then celebrate befday. Sebelum masuk makan kitorg jalan2 tepi pantai sementara menunggu big boss dtg. Aku memang akan teruja sgt2 bila dpt tgk sunset sbb tu juga aku pilih Windbel Seafood Restaurant sebab ia berada di tepi pantai. Al-kisah nak di jadikan cerita..time makan2 tu aku nk p ambik kek kat kereta tapi kunci kereta ntah letak mana. Huru hara juga mencari, cari kat parking lot takda, cari kat semua tempat yang aku rasa2 pegi sebelum tu pun takda juga. Dalam kalut2 mencari tu, aku teringat fadhilat Surah Ad-Dhuha. Aku pun baca 7 kali dgn penuh yakin dalam hati sambil2 mencari sepanjang pantai. Selesai kali ke 3 bacaan dalam hati aku berhenti kejap mendongak ke langit sambil berkata "Ya Allah tunjukkan la aku" kerana aku tahu dalam pekat malam macam tu agak mustahil untuk aku temui kunci yang gugusannya agak kecil. Lebih2 lagi di sepanjang pantai yang luas..Namun dalam hati aku yakin, aku sambung semula bacaan sambil mencari2. Selesai saja ayat terakhir untuk yang ketujuh kali aku tersepak sesuatu. MasyaAllah kunci yang aku cari. Kebetulan atau Allah sengaja mahu menunjukkan keajaiban surah ad-dhuha ni? Ini bukan yang pertama kali Allah buktikan kepadaku akan fadhilat surah ini. Aku semakin yakin pada Allah yang maha berkuasa. So kalau hilang apa2 yang penting jgn lupa baca surah ad-dhuha tapi mesti yakin dengan Allah s.w.t.
Akhirnya malam yang sepatutnya ada befday surprise jadi surprise hilang kunci. Kami pun memilih utk celebrate befday Ina n Hasma di tanjung aru beach.