Thursday, April 29, 2010

Pertemuan sekali ini

"dia terlalu indah dimataku ..sempurna tetapi bukan milikku"... sepanjang jalan aku terfikirkan dia..senyumnya,raut wajahnya sebentar td benar2 menganggu fikiranku. aarrghh tidakkk. Dia milik wanita yg di nikahinya dulu. Apa jua alasan pernikahan itu sah, janji sdh termeteri. itu yg pasti. Aku berjumpa dgnnya sebentar td x lbh dr seorang kawan. Berbohong kiranya ku katakan sedikit pun tiada rasa rindu. bukan mudah melupakan hadirnya cinta.cinta pertama. Bak kata Fauziah Latif ..Dia, insan pertama yg bertakhta. Dia, insan pertama yg ku cinta. Dia, pernah membuatku bahagia. Dia yg mengajarku tentang erti rindu...

Melihat dia bahagia itu sdh cukup bermakna. Kenakalan mataku sesekali melirik dia yg duduk di hadapanku, tdk sedikit pun berniat utk menarik perhatiannya. sekadar melepas rindu yg kian lama berbuku. Ku cuba elakan perbualan dr menyentuh soal hati dan perasaan, soal rmh tanga yg dibinanya bersama insan pilihan bonda. Aku cuma bertanya tentang kerja krna aku tahu dia bru di transfer ke cawangan lain. Aku jg tahu dia cuba utk tdk menyebut mengenai isterinya dihadapanku. Alhamdulillah dia memahamiku seperti mana yang dulunya. Kira tidak, mampu kah aku berdepan dgn nya?? pastinya tidak. sskeras aku, aku juga sama seperti wanita-wanita lain diluar sana yg di anugerahi perasaan cemburu.

Bertanyakan kerja barunya, dia hanya menjawab masih menyesuaikan diri dgn bos dn tmpt kerja yang baru. Kasihan jg aku mendgr bila dia memberitahu setiap hari dia berulang alik 22 batu dr rmh sewanya ke tmpt krja. sesampai di rumah pula terpaksa menyediakan mkn malamnya sendri kerana isterinya bertugas di tempat lain. Teringat aku suatu masa dulu dia pernah bertanyakan padaku, sanggupkah aku tggl jauh di pedalaman kerana kerjayanya menuntut dia mengorbankan kehidupan moden di bandar. Jawapanku mudah, aku berasal dari kampung, kehidupan sebegitu bkn cabaran bagiku. Rupanya ini yg dimaksudkannya dahulu. semoga dia tabah.

Dalam keheningan mlm dgn disirami cahaya lampu lilin d meja mkn. aku sempat mengusiknya.."Patutlah nampak cerah, rupanya keja dah x turun padang" hehehe..dia hanya membalas dgn senyuman sambil membelek-belek lengannya. sesekali dlm perbualan kami dia tersasul mengelarkan dirinya sesuai panggilan yg biasa aku gunakan dlu. aku hanya buat-buat tak perasan. Klu di betul kan, nti dia termalu pula...

Seusai mkn mlm..agak lama jg kami mendiamkan diri, mermonolog sendri..yg pasti mata nakal ku akan meliriknya bila berkesempatan. Dan sekali pandangan mata kami bertentangan..nah! kedapatan dia juga mengambil kesempatan memerhatikan aku. Akhirnya aku mngambil penyelesaian meleparkan senyuman utknya sebagai mengcover wajahku yg merona kemerahan. nasib baik lighting tmpt tu agak malap. kiranya tidak pasti aku terkantoi.

Dia menghantarku ke kereta, berpesan padaku supaya memandu berhati-hati. sebelum beredar pergi senyuman ku hulur..di balas dgn senyuman yg membuatkan aku tidak tidur sehingga jam ini. Ya Allah..bahagianya aku melihat senyuman itu. terima kasih ya Allah atas kurnianMu itu.

Sebelum kereta kecil ku meluncur pergi, sempat jua ku menoleh mu di sana melalui side mirror ku. Semoga aku juga bisa bahagia suatu hari nanti walau tidak bersamamu. Amin..

3 comments:

  1. Diri ini turut mendoakan kebahagiaanmu...Aminn..

    ReplyDelete
  2. jiwang karat siot....cian aq mndengar luahan ht mu ini....sabar jak...aq doakn ko btemu yg lbh baik dr dia....

    ReplyDelete