Sunday, May 9, 2010

Tidurlah Sayang...

Sepanjang malam aku cuba melelapkan mata namun tak juga bisa terlena. Dah beribu-ribu kambing biri-biri yang aku kira, puas dengan biri-biri ku tukar dengan rabit namun x juga berhasil melelapkan mataku. Sebaliknya nama seseorang bermain difikiran..entah sejak bila aku mula memikirkan tentang dia..oooh tidaak...aku bkn x tidur disebabkan dia. Dia cuma singgah di benak ku kerana otak ligat berfikir. Mungkin disebabkan aku tidur terlalu lama siang kemarin maka malam ni aku tak bisa lena walau seketika.

Hari ini merupakan hari pertama aku mengikuti program Skim Khidmat Pelajar (SKP. Harap-harap aku tak sakit kepala akibat tak tidur sepanjang malam. Hari ini jugs roomate aku dah nak balik kampung sempena cuti semester bermakna aku akan berseorangan bermula malam nanti. Pukul 8.00am ni pula aku kena ke pejabat HEP untuk diberi taklimat berkenaan program SKP nie. Semoga melalui program ini aku dapat menimba pengalaman dan belajar sesuatu yang bermanfaat selain mendapatkan wang untuk perbelanjaan aku semester hadapan. Amin..minta sama2 di doakan ya..

1 comment:

  1. sila r mlawat ke blog sy....http://choysempoy.blogspot.com....

    ReplyDelete