Tuesday, November 2, 2010

Syukur...

Alhamdulillah..

syukur kepadaMu ya Allah kerana memberi kekuatan pada diri ini mengharungi dugaanMu. Tanpa hidayahMu, aku lemah..aku tak akan mampu mengharungi episod dlm hidup ini.


Sudah hampir 2 tahun aku menyendiri dan kini bayangannya tidak lagi menghantui diri. Malah aku semakin yakin, tiada lagi air mata kekecewaan yang ada hanya airmata kekesalan pada kejahilan dan keinsafan. Besar sungguh rahmutMu kepada hambaMu ini ya Rahman.

Umpamanya dugaan ini adalah sebuah hadiah dariMu, Kau hadiahkan aku "kesakitan" agar aku mengenal Tuhanku.. Kau hadiahkan aku "keperitan" agar aku mengenal Penciptaku.

Semoga rahmatMu tidak terputus untukku. PetunjukMu yang ku harapkan agar aku tidak sesat dalam kegelapan. Amin ya Allh..

Monday, November 1, 2010

Monsopiad Cultural Village

Salam bertemu kembali..

Sudah agak lama saya tidak meng'update' blog ini. Pernah juga aku terfikir untuk menamatkan saja blog ini, namun seorang kawan bertanya kenapa saya tidak lagi meng'update blog..jawapanku mudah "xde idea". Sesekali tercetus di minda untuk menulis d blog ini namun kekangan masa dan kemalasan menguasai diri..Terlalu banyak cerita suka dan duka sepanjang tempoh penyepian ini, ada yg masih dalam ingatan dan mungkin juga ada yg sdh hilang d telan masa.

Baru-baru ini seorang kenalanku dari Perak berkunjung ke sini (Sabah). Bercuti bersama suami, anak-anak dan mentuanya. Aku sdh dimaklumkan yang mereka akan dtg ke sini beberapa bulan dulu, malah aku sudah berjanji untuk mencarikan hotel yang sesuai untuk mereka. Namun sampai saat mereka berada di sini aku tidak membooking mana2 hotel. Bukan aku lupa, bukan juga aku sengaja tp aku d fahamkan sebelum ini mereka kemungkinan membatalkan percutian tersebut. So, aku ambil jln mudah bila dah sampai nanti baru cari hotel.



Tidak banyak masa yang dapat aku luang
kan bersama mereka kerana pada masa itu aku sibuk dengan test maklumlah exam dah dekat. Namun aku cuba untuk melayani sebaiknya, klu x dtg 1 kelas aku rasa its ok la..lg pun bkn selalu diorg dtg sini. Sempat juga aku membawa mereka ke Cultural Village Monsopiad di Penampang.

Bagi aku setiap pengunjung yg datang ke Sabah adalah rugi jika tidak melihat sendiri cara hidup dan budaya rakyat Sabah yang unik. Paling mempersonakan aku adalah tarian etnik yg dipersembahkan di kampung budaya ini iaitu tarian "magunatip"atau juga di kenali sebagai tarian "bamboo". Tarian ini merupakan tarian suku kaum Iban dan Dayak yang amat popular di Daerah Tenom yang memerlukan kecekapan dan ketelitian yang amat tinggi. Kalau tersilap langkah tersepit kaki di celah bambu...huh.. Tidak ketinggalan ,a lat senjata "sumpit" juga dipersembahkan. Pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menari dan menyumpit. Keperwiraan seorang jejaka Dayak itu terserlah bila dia cekap menggunakan "sumpit".

Di Perkampungan Budaya (cultural village) ini juga banyak menyimpan war
isan tradisi etnik Kadazan Dusun seperti alat memerap tapai yang merupakan minuman istimewa semasa meraihkan sesuatu upacara. Selain itu terdapat juga alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh "sumandak-sumandak" Kadazan Dusun dengan lenggok dan gayanya yang tersendiri.

Tengkorak Manusia yg berusia lebih 300 tahun yang dipercayai hasil buruan Pahlawan KadazanDusun Monsopiad suatu ketika dulu. Mengukut kepercayaan kaum ini pemburuan kepala adalah lambang kemegahan atau kepahlawanan.



ni bukan tengkorak org laa..ni tegkorak monyet yg dah di ukir..berapa usianya aku x tanya pulak