Sudah agak lama saya tidak meng'update' blog ini. Pernah juga aku terfikir untuk menamatkan saja blog ini, namun seorang kawan bertanya kenapa saya tidak lagi meng'update blog..jawapanku mudah "xde idea". Sesekali tercetus di minda untuk menulis d blog ini namun kekangan masa dan kemalasan menguasai diri..Terlalu banyak cerita suka dan duka sepanjang tempoh penyepian ini, ada yg masih dalam ingatan dan mungkin juga ada yg sdh hilang d telan masa.
Baru-baru ini seorang kenalanku dari Perak berkunjung ke sini (Sabah). Bercuti bersama suami,
Tidak banyak masa yang dapat aku luangkan bersama mereka kerana pada masa itu aku sibuk dengan test maklumlah exam dah dekat. Namun aku cuba untuk melayani sebaiknya, klu x dtg 1 kelas aku rasa its ok la..lg pun bkn selalu diorg dtg sini. Sempat juga aku membawa mereka ke Cultural Village Monsopiad di Penampang.
Bagi aku setiap pengunjung yg datang ke Sabah adalah rugi jika tidak melihat sendiri cara hidup dan budaya rakyat Sabah yang unik. Paling mempersonakan aku adalah tarian etnik yg dipersembahkan di kampung budaya ini iaitu tarian "magunatip"atau juga di kenali sebagai tarian "b
Di Perkampungan Budaya (cultural village) ini juga banyak menyimpan warisan tradisi etnik Kadazan Dusun seperti alat memerap tapai yang merupakan minuman istimewa semasa meraihkan sesuatu upacara. Selain itu terdapat juga alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh "sumandak-sumandak" Kadazan Dusun dengan lenggok dan gayanya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment