Saturday, July 2, 2011
Owhh Tidak !!!!
Saturday, June 25, 2011
Keajaiban Surah Ad-Dhuha
Ada member aku ckp, klu buat blog tu jgn asyik cerita pasal diri sendiri saja. tapi aku tetap nak cerita pasal diri aku jugak sebab ni blog aku.. huhu
Tadi aku keluar hangout dengan kawan2. Kita pegi makan2 then celebrate befday. Sebelum masuk makan kitorg jalan2 tepi pantai sementara menunggu big boss dtg. Aku memang akan teruja sgt2 bila dpt tgk sunset sbb tu juga aku pilih Windbel Seafood Restaurant sebab ia berada di tepi pantai. Al-kisah nak di jadikan cerita..time makan2 tu aku nk p ambik kek kat kereta tapi kunci kereta ntah letak mana. Huru hara juga mencari, cari kat parking lot takda, cari kat semua tempat yang aku rasa2 pegi sebelum tu pun takda juga. Dalam kalut2 mencari tu, aku teringat fadhilat Surah Ad-Dhuha. Aku pun baca 7 kali dgn penuh yakin dalam hati sambil2 mencari sepanjang pantai. Selesai kali ke 3 bacaan dalam hati aku berhenti kejap mendongak ke langit sambil berkata "Ya Allah tunjukkan la aku" kerana aku tahu dalam pekat malam macam tu agak mustahil untuk aku temui kunci yang gugusannya agak kecil. Lebih2 lagi di sepanjang pantai yang luas..Namun dalam hati aku yakin, aku sambung semula bacaan sambil mencari2. Selesai saja ayat terakhir untuk yang ketujuh kali aku tersepak sesuatu. MasyaAllah kunci yang aku cari. Kebetulan atau Allah sengaja mahu menunjukkan keajaiban surah ad-dhuha ni? Ini bukan yang pertama kali Allah buktikan kepadaku akan fadhilat surah ini. Aku semakin yakin pada Allah yang maha berkuasa. So kalau hilang apa2 yang penting jgn lupa baca surah ad-dhuha tapi mesti yakin dengan Allah s.w.t.
Akhirnya malam yang sepatutnya ada befday surprise jadi surprise hilang kunci. Kami pun memilih utk celebrate befday Ina n Hasma di tanjung aru beach.
Tuesday, April 26, 2011
Kisah Rumah Tangga
Cerita bermula........
Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.
"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.
Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.
"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"
Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.
"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.
"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.
Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"
SEKIAN....
Wednesday, April 13, 2011
Hadiah Semalam
Ibu menghulurkan bakul di tangannya, ku sambut dengan penuh tanda tanya. Apa yang ibu bawa untuk aku? Kalau masakan ibu, rasanya mustahil sebab perjalanan yang jauh itu tidak memungkinkan makanan yang dibawa dapat bertahan lama.
Sepasang baju kurung bercorak batik di dalamnya. Hadiah dari Ibu. Aku tersenyum memandang satu persatu wajah di hadapanku. Rasa terharu pada keikhlasan ibu membuatkan aku terpanggil untuk menulis coretan ini sebagai menghargai pemberian ibu.
Sejak aku menginjak usia dewasa ibu tidak pernah membeli baju untuk aku, bukan ibu tidak mahu tetapi sikap aku yang agak cerewet hingga pernah mengguris hati ibu suatu ketika dahulu. Dari hari itu ibu tidak lagi membelikan pakaian untuk aku. Mungkin juga ibu sedar yang aku bukan lagi anak-anak yang tidak tahu memilih, ibu sedar anaknya ini juga punya cita rasa sendiri.
Itu zaman aku remaja, zaman jiwa memberontak. Sekarang, aku semakin dewasa, aku tahu menghargai setiap pemberian dan paling penting aku menghargai kehadiran ibu dan ayah disampingku.
Pastinya hadiah semalam adalah hadiah paling bermakna buat aku. Walau hanya sepasang baju kurung yang murah namun terlalu berharga bagiku, nilai kasih sayang seorang ibu. Terima Kasih Ibu.
Wednesday, April 6, 2011
Rahsia antara kita
Terlalu pintar dia memutar belit dan mendesak..Akhirnya tanpa aku sedari aku mengakui kata-katanya yang dalam hati ini ada nama c dia..Wakakaka maluuuuu.. Sudah pasti merah padam muka aku, ditambah lagi dengan usikannya. Dalam menahan malu yang teramat sangat jatuh airmata yang tidak aku duga.. Rupanya sensitif juga aku nie. Mungkin cuma untuk sekali itu. Hingga ke hari ini dia jadikan peristiwa itu sebagai senjatanya mngusik aku..okey begitu lah kawan...anyway, thanks to my adinda yang berdua itu yang sudi menemani aku dan selalu mendengar luahan ku . Tidak aku menyangka hubungan yang terjalin seakrab ini.
Tuesday, April 5, 2011
KARKOL 2011
Friday, February 4, 2011
apa aku nak buat?? siri 2




Monday, January 31, 2011
Apa aku nak buat???
- Cuti mid term sdh bermula. Seperti biasa hampir semua pelajar d kampus ini balik ke kampung masing2. Selalunya aku juga begitu, tapi kali ini aku nekad untuk tidak balik ke kampung. Bukan merajuk apa lagi berjauh hati. Bukan tak rindu, bukan jua tak sayang pd family tapi kemalasan dan keperitan mengharungi perjalanan selama hampir 7 jam itu membuatkan semangat dan keinginan aku terbantut. Lagi pula family aku akan datang ke sini tak lama lagi kerana bapa aku perlu berjumpa doktor pakar di SMC. Temujanji pun sudah aku aturkan dgn doktor yg sepatutnya. Dalam menunggu masa utk diorang dtg sini aku ada masa lebih dari 1 minggu lagi. Aku tak blh duduk diam tanpa sebarang aktiviti, tak kesah la aktiviti berfaedah mahupun kurang faedahnya, aku perlu melakukan sesuatu!!
Hari pertama: Aku menghabiskan masa berada di Pejabat Unit Pengurusan Kolej Klaster B, mungkin ada yg pelik apa aku buat di sana? actually aku terlibat dlm pelaksanaan beberapa aktiviti pelajar anjuran JPK dan PPP. So xda la boring sgt kan..sebelah ptg tu aku habiskan msa bercerita dgn sorg kawan, x sangka di sebalik keceriaannya wajahnya tersembunyi cerita menusuk kalbu. Aku hanya mampu berdoa semoga dia mengharungi semua ini dengan tabah dan diberi petunjuk oleh-Nya. Amin..
Dalam perjalanan balik baru aku teringat, time clik2 kat beach td aku ada mesej member ajak clik2 sekali kat sana tapi aku dah balik..selamba jer dgn sebelah tgn tekan keypad dan sebelah lg pegang stering (tunjuk terer la kunun) aku mesej dia "aku dah balik, sini hujan". Hujan?? hujan d hati ada laaa...hahaha.