Monday, January 31, 2011

Apa aku nak buat???

  • Cuti mid term sdh bermula. Seperti biasa hampir semua pelajar d kampus ini balik ke kampung masing2. Selalunya aku juga begitu, tapi kali ini aku nekad untuk tidak balik ke kampung. Bukan merajuk apa lagi berjauh hati. Bukan tak rindu, bukan jua tak sayang pd family tapi kemalasan dan keperitan mengharungi perjalanan selama hampir 7 jam itu membuatkan semangat dan keinginan aku terbantut. Lagi pula family aku akan datang ke sini tak lama lagi kerana bapa aku perlu berjumpa doktor pakar di SMC. Temujanji pun sudah aku aturkan dgn doktor yg sepatutnya. Dalam menunggu masa utk diorang dtg sini aku ada masa lebih dari 1 minggu lagi. Aku tak blh duduk diam tanpa sebarang aktiviti, tak kesah la aktiviti berfaedah mahupun kurang faedahnya, aku perlu melakukan sesuatu!!



Hari pertama: Aku menghabiskan masa berada di Pejabat Unit Pengurusan Kolej Klaster B, mungkin ada yg pelik apa aku buat di sana? actually aku terlibat dlm pelaksanaan beberapa aktiviti pelajar anjuran JPK dan PPP. So xda la boring sgt kan..sebelah ptg tu aku habiskan msa bercerita dgn sorg kawan, x sangka di sebalik keceriaannya wajahnya tersembunyi cerita menusuk kalbu. Aku hanya mampu berdoa semoga dia mengharungi semua ini dengan tabah dan diberi petunjuk oleh-Nya. Amin..






Hari ke-2 : Semalam aku plan nak pergi ke Tamu Gaya tp terpaksa aku batalkan atas sebab2 lambat bangun..huhu. Duduk dalam bilik dengan memandang dinding. Oooh tidak!!! aku nak balik rumah macik, aku mula packing baju tuk d basuh disana. Tiap hujung minggu aku akan balik rumah macik dgn beg besar penuh dgn pakaian untuk d basuh..sungguh pemalas perawan ini. Tapi itu semua kerana aku nak jimat masa dan tenaga..(alasan). terlintas di fikiran, tak kan nak duduk rumah pulak.... Aku pun mesej kazen aku "mo ikut kakak p pantai?" dia reply "mau2"..aku balas "ready kejap lg kakak singgah amik" kazen aku reply lg "ok2..tggu kakak d rmh"....sampai sja d rmh hujan turun dgn agak lebat. nampaknya plan terpaksa d tunda. terpancar kekecewaan di wajah adik sepupu kesayanganku. Dalam hati aku berdoa semoga hujan ini akan redah sebelum pukul 4. Kasihan aku melihat adik aku tu yg excited nak makan jagung rebus kat Tanjung Aru Beach. Pukul 3 petang hujan dah redah..alhamdulillah. Nampaknya perancangan awal masih blh berjalan seperti biasa..."Sapa mo ikut cepat ready"..kelam kabut adik2 sepupu aku berganjak dari depan laptop. Sampai Tanjung Aru Beach x sabar2 diorang pergi beli jagung rebus, jambu, jeruk dan segala macam makanan. selepas tu menuju ke pantai. X ketinggalan Nikon D70. Clik sana clik sini x sedar dah pukul 5.. yg sorang dah merungut " kak, Adah lapar bah" so aku ajak pergi makan kat food court...Sedang mencari2 gerai yang sesuai aku dapat merasakan ada sepasang mata memerhatikan aku. Langkahku janggal. Tiba-tiba ekor mataku terpandang seseorang yang amat aku kenali...aku alihkan pandangan. Tak ingin aku melihat wajahnya dengan senyumannya yang penuh makna. Dia cuba untuk menarik perhatian aku. Aku pura2 x nampak.. Cisssss!!!!kenapa jumpa "hantu" ni kat sini???. Semakin cepat langkah aku meninggalkan barisan gerai2 disitu. kasihan adik sepupu aku yang keliru dengan tindakan aku yg secara tiba2. "kita makan tempat lain"..Hilang selera aku nak makan. Aku bergerak ke tempat parking dan terus blah.. Actually lama dulu aku penah gaduh besar dgn "hantu" tu kenapadan mengapa tu biarlah rahsia. ceeeehh.. hahaha.





Dalam perjalanan balik baru aku teringat, time clik2 kat beach
td aku ada mesej member ajak clik2 sekali kat sana tapi aku dah balik..selamba jer dgn sebelah tgn tekan keypad dan sebelah lg pegang stering (tunjuk terer la kunun) aku mesej dia "aku dah balik, sini hujan". Hujan?? hujan d hati ada laaa...hahaha.

No comments:

Post a Comment